CTOS Digital Sdn Bhd kini dikatakan telah mengemukakan permohonan untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia. Berdasarkan pelaporan, potensi nilai IPO tersebut disasarkan lebihi RM2 bilion.
Agensi pelaporan kredit yang menawarkan pelbagai perkhidmatan merangkumi laporan kredit dan e-KYC ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung pelaporan tersebut. Untuk makluman 80% kepentingan CTOS adalah milik firma ekuiti swasta, Creador.
Pada Ogos 2020 – pihak CTOS pernah memaklumkan perancangan penyenaraian IPO mereka pada papan Bursa -namun ketika itu mereka menhyatakan tindakan masih diperingkat awal dan perubahan akan berlaku mengikut situasi semasa. Berdasarkan prestasi CTOS memperoleh pendapatan RM129 juta dan keuntungan bersih RM39 juta pada tahun kewangan 2019.
Setakat ini, terdapat enam penyenaraian yang telah dilakukan menurut laman web Bursa Malaysia. CTOS masih tiada pada penyenaraian tersebut.