Artikel

Green Packet Bentuk Konsortium – Sasar Perolehan Lesen Bank Digital Islam

Penyertaan arena bank digital yang semakin meningkat ketika ini memperlihatkan, pembentukan konsortium baharu yang diketuai Green Packet bersama rakan kerjasama ZICO Holdings Inc (ZHI) dan M24 Tawreeq, memilih penerapan ke arah bank digital Islam.

Untuk makluman, hari ini (30 Jun) merupakan tarikh akhir bagi mana-mana institusi mengemukakan permohonan mereka pada perolehan lesen bank digital di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).

Pada kenyataan Bursa semalam, pemebentukan konsortium ini bertujuan melengkapkan penawaran produk kewangan kepada kumpulan yang dinafikan hak mereka dan memberi tumpuan di bawah bank digital Islam.

Menurut Pengarah Urusan ZHI Chew Seng Kok percaya terdapat keseimbangan unik dalam mewujudkan bank digital Islam yang dapat mengutamakan masyarakat sambil mengekalkan integriti dan ketaatan pematuhan peraturan.

Menerusi usahasama ini, ia akan memperlihatkan perkongsian kepakaran Green Packet dari aspek teknologi nirtunai dan kecekapan ZHI pada pematuhan peraturan syariah, serta pengalaman M24 Tawreeq bersama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro.

Wujudnya peningkatan persaingan ini, Malaysia kelak akan memiliki 5 lesen bank digital yang bakal diiktiraf oleh BNM pada suku pertama 2022.