Artikel

Pemegang Kad Kredit, Tidak Termasuk Dalam Penawaran Moratorium – ABM, AIBIM

Pakej PEMULIH semalam, telah memaklumkan pemberian moratorium tanpa syarat kepada kumpulan B40, M40, T20 dan usahawan mikro yang terkesan.

Namun, penawaran itu tidak tertakluk kepada pemegang kak kredit. Menurut kenyataan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Prbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menyatakan tunggakan tersebut akan di bawa kepada pinjaman atau pembiayaan selama 3 tahun.

Ini merangkumi pengurangan kadar keuntungan dan kadar faedah – untuk membantu pemegang kad kredit menguruskan aliran tunggakan mereka.

Sementara itu, bagi penawaran moratorium lain – memerlukan kumpulan individu terlibat untuk menghubungi perbankan yang terlibat pada 7 Julai kelak untuk mengikuti tawaran itu. Setelah permohonan dilakukan, kelulusan akan diberi secara automatik mengikut kategori yang telah digariskan.

Moratorium ini terpakai untuk pinjaman dan pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021 dan tidak memiliki tunggakan lebih daripada 90 hari dari tarikh permohonan moratorium diserahkan.

Pada masa yang sama, Bank Negara Malaysia (BNM) turut mengesahkan tindakan permohonan ini tidak akan memberi kesan kepada profil kredit mereka bagi laporan sistem maklumat rujukan kredit pusat (CCRIS).