Jika sebelum ini, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom menyuarakan kekesalannya berhubung kekurangan bekalan vaksin kepada negara berpendapatan rendah.
Kini, tindakan yang sama turut dinyatakan oleh Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) – Kristalina Georgieva, yang melihat agihan vaksin wajar disegerakan kepada negara tertentu.
Ketika ini negara di benua Afrika jelas menunjukkan kebimbangan dari aspek vaksinasi, di kawasan sub-Sahara hanya 1% dari populasinya yang telah menerima vaksin – menjadikan ia antaran yang terendah kadar vaksinasi.
Seharusnya bantuan antarabangsa memainkan peranan penting dalam bersama mendepani krisis ketika ini. Kegagalan menyeimbangkan kadar vaksinasi hanya sekadar melumpuhkan pertumbuhan, produktiviti dan pelaburan ekonomi sesebuah negara.
Malah sistem kesihatan negara berpendapatan rendah juga akan semakin terjejas, susulan kemunculan varian baharu mencetuskan risiko kematian lebih tinggi.
Maka IMF ketika ini, mendesak negara maju untuk berkongsi bekalan vaksin bersama negara berpendapatan rendah menerusi inisiatif COVAX. Antara negara yang menjadi tumpuan mereka meliputi Afrika dan India.