Artikel

Negara Berpendapatan Rendah Masih Ketandusan Bekalan Vaksin – WHO

Taraf kemajuan sesebuah negara, kini secara jelas dapat dibezakan menerusi perolehan bekalan vaksin di seluruh dunia. Keengganan negara maju dalam berkongsikan bekalan vaksin yang dimiliki negara mereka – nyata memaparkan ketidakadilan, ketidakseimbangan dan kegagalan global dalam memerangi pandemik COVID-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada kenyataan semalam, menzahirkan kekecewaan mereka berhubung situasi ketika ini. Meskipun sekitar 90 juta dos vaksin di bawah usahasama COVAX sejak Februari – telah dihantar kepada 132 buah negara, namun isu pembekalan ini masih lagi wujud.

Menurut Tedros Adhanom Ghebreyesus – Ketua Pengarah WHO, kegagalan negara-negara maju dalam berkongsikan pembekalan ini suatu perkara yang tidak wajar dilakukan pada era ini.

Selain India, negara seperti Afrika telah memaparkan angka kematian yang tinggi dengan lonjakan hampir 40% pada minggu lalu. Situasi genting ini seharusnya mendapat bantuan dari semua pihak. Kewujudan sifat memntingkan diri – dilihat simbolik kepada kepada kegagalan kita selaku masyarakat dunia.