Artikel

OPR Dijangka Kekal Pada Paras 1.75% – CGS-CIMB

Menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada awal Julai kelak, Bank Negara Malaysia (BNM) disasarkan mengekalkan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tahap 1.75%.

Pengamatan firma penyelidikan CGS-CIMB ini meliputi jangkaan penurunan inflasi utama Malaysia di bawah 4% iaitu 3.1%.

Malah lanjutan pelaksanaan Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) juga dilihat memperuntukan dana tambahan baharu dari kerajaan untuk orang awam. Ia juga memberi gambaran ekonomi semasa akan ditangguhkan untuk suatu jangka lama, dan ini membawa kepada perluasan dasar monetari.

Turut menyokong sasaran sedemikian adalah AmBank Research – di mana peningkatan OPR hanya akan berlaku mulai tahun 2022 sahaja. Ini kerana tumpuan negara ketika ini adalah mendepani pandemik dan mengurangkan bebanan masyarakat.

Maka tumpuan perolehan perlu diseimbangkan dengan situasi kesihatan semasa.