Artikel

FavePay Later – Kini Anda Boleh “Beli Sekarang Bayar Kemudian” Bersama Fave

Perluasan khidmat Beli Sekarang Bayar Kemudian atau Buy Now Pay Later (BNPL) kini semakin popular penggunaannya dalam kalangan warga Asia Tenggara. Melihat tuntutan itu, Fave kini tampil dengan ciri tersebut kepada pengguna di Malaysia dan Singapura.

Berdasarkan kenyataan hari ini (28 Jun) ciri tersebut dapat diakses pada lebih 40,000 kedai untuk lebih 6 juta pengguna bagi fasa percubaan.

Menerusi tawaran khidmat ini, pengguna dapat menikmati kaedah pembayaran fleksibel iaitu secara ansuran dan tanpa faedah pada aplikasi Fave.

Lebih menarik, bagi setiap penggunaan BNPL ini, pengguna turut akan menikmati pulangan tunai 10% pada setiap pembelian.

Di bawah pengendalian Pine Labs sejak April 2021 Рnyata Fave telah mula memperluaskan perkhidmatannya. Di mana baru-baru ini,  Fave telah membuka integrasi API-nya kepada platform e-dagang dalam talian bagi menyokong pembayaran FavePay dengan ciri BNPL serta bayaran balik kesetiaan.

Seiring kerjasama dengan beberapa syarikat teknologi terkemuka pada tahun 2021, Fave akan memperluas tawaran BNPL-nya kepada beberapa syarikat gergasi perdagangan dalam talian di Asia Tenggara menjelang separuh akhir tahun 2021.

Setakat ini, penggunaan khidmat BNPL di Malaysia dan Singapura telah tersedia untuk pengguna iOS, sementara pengguna Android pula boleh dapati khidmat tersebut mulai Julai 2021.