Fave kini telah diambil-alih Pine Labs, sebuah firma pembiayaan dan perkhidmatan teknologi transaksi yang berpangkalan di India.
Perolehan ini dapat diperlihatkan menerusi nilai perjanjian sekitar RM185 juta (AS$45 juta) antara kedua pihak.
Menerusi peralihan ini juga dapat memperluaskan rangkaian Pine Labs pada pasaran domestik dan antarabangsa. Malah, pengguna India juga dapat memasuki penggunaan aplikasi Fave.
Menerusi aplikasi Fave ini – ia membantu peniaga luar talian berhubung dan mengekalkan pelanggan dengan menggunakan kad hadiah dan baucar. Ini membolehkan peniaga menerima pembayaran digital dengan meminta pelanggan mengimbas kod QR. Setelah pembayaran dibuat, pelanggan secara automatik akan menerima pulangan tunai dan tanda penghargaan melalui aplikasi Fave yang hanya dapat ditebus di perniagaan tertentu tersebut semasa transaksi akan datang.