Pelbagai aspek mampu menjadi pencetus kepada peningkatan harga pengguna. Ini termasuklah peningkatan paras inflasi pada Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang semakin meningkat sejak April lalu – di paras 10.6%.
Melalui pemerhatian MIDF Research pada suku kedua ini, kekurangan tenaga kerja dan komponen cenderung menjadikan peningkatan kos berlaku ke atas pengeluar.
Aspek sedemikian akan menyebabkan para pembekal rangkaian perkhidmatan menaikkan harga berikutan kesan asas rendah telah memberi impak kepada indeks harga pengeluar. Menjadikan ia lebih terbeban kepada mereka.
Sementara itu paras inflasi IHP -Indeks Harga Pengguna pada Mei lalu berdasarkan data perkongsian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), telah memaparkan sedikit penurunan kepada 4.4% berbanding April 4.7%.
Jangkaan paras inflasi harga pengguna itu akan terkawal menjelang Jun 2021, berdasarkan pengamatan UOB Malaysia. Bagaimanapun, risiko peningkatan inflasi masih berpotensi berlaku apabila harga komoditi menjadi lebih tnggi dan dasar fiskal, monetari terus meningkat kelak.