Berdasarkan pengamatan UOB Malaysia – kadar inflasi negara akan mulai terkawal pada Jun ini. Ia disasarkan di bawah paras 4.0%.
Untuk makluman, inflasi April lalu telah memaparkan peningkatan kepada 4.7%. Ia adalah Indeks Harga Pengguna (IHP) yang tertinggi sejak 2018.
Sasaran ini berikutan peningkatan risiko pandemik COVID-19 dapat membantu tekanan inflasi keseluruhan negara diseimbangkan. Penyelarasan itu akan dibantu dengan sokongan inisitif rangsangan dari pentadbiran seperti agihan dana, pengecualian cukai ataupun diskaun pembayaran tertentu.
Sekiranya lanjutan bantuan sedemikian dilaksanakan – ia akan membantu mengurangkan kenaikan inflasi Malaysia pada tahun ini.
Jangkaan itu turut disokong dengan sasaran Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini, yang masih kekal pada paras 6.0% hingga 7.5%.
Bagaimanapun, penilaian berhubung dasar monetari negara seterusnya akan diketahui pada 8 Julai kelak oleh BNM.