Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) kini mula dilaksanakan pada hari ini (16 Jun).
Untuk makluman umum, ia adalah program penyertaan penerimaan suntikan vaksin dalam kalangan pekerja sektor ekonomi industri.
Penyertaan ini dapat dilaksanakan secara sukarela menerusi aplikasi MySejahtera. Sebarang penyertaan pekerja pada program ini adalah percuma.
Majikan dan syarikat akan menanggung kos vaksinasi tersebut, berdasarkan data sekitar RM45 untuk setiap penyertaan pekerja. Bagi syarikat industri yang ingin menyertai boleh memuat turun borang permohonan PIKAS di laman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Selain menjadi pemangkin dalam perlindungan kesihatan pekerja, #PIKAS adalah penting dalam membantu usaha Kerajaan menyegerakan pencapaian imunisasi kelompok. #LindungDiri #LindungSemua #PatuhiSOP #BarisanHadapanEkonomi #herdimmunity pic.twitter.com/OT4Klob6yQ
— MITI Malaysia (@MITIMalaysia) June 14, 2021
Langkah ini dilihat dapat mengalakkan lagi lebih banyak penyertaan pekerja industri pada penerimaan suntikan vaksin COVID-19.