Artikel

Pengecualian Cukai Kepada Syarikat Yang Menanggung Kos Vaksinasi, Wajar Dipertimbangkan – MEF

Pelaksanaan PIKAS, iaitu Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta kini memperlihatkan sekitar 500 syarikat berserta 106,591 pekerja telah menyatakan penyertaan mereka secara sukarela.

Data Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menyatakan kos tanggungan vaksinasi akan dilakukan oleh pihak majikan. Berdasarkan anggaran, sekitar RM45 untuk setiap pekerja.

Untuk makluman pelaksanaan program ini akan mula dilakukan pada kawasan perkilangan dan perindustrian terlebih dahulu, mulai 16 Jun ini.

Melihat pada situasi ini Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyatakan pendapat bahawa rebat cukai atau pengecualian cukai harus dipertimbangkan kerajaan kepada syarikat yang terlibat – berhubung tanggungan kos vaksinasi ini.

Pada masa yang sama, MEF turut menyarankan PIKAS harus diperluaskan kepada 17 sektor penting ekonomi negara.