Pada sidang maya Pelan Pemulihan Negara sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menggariskan perancangan pentadbiran terhadap 4 Fasa untuk negara.
Menyentuh perihal persidangan Parlimen, PM Muhyiddin mengatakan pelaksanaan Parlimen boleh dilakukan pada bulan September dan Oktober, iaitu di peringkat Fasa 3.
Bagaimanapun pelaksanaan tersebut haruslah berpandukan pada penerapan SOP yang rapi ketika sidang berlangsung.
Namun, PM Muhyiddin tidak memperincikan berhubung pelaksanaan Parlimen secara hibrid yang diperkatakan sebelum ini.
Jadual di bawah adalah perincian 4 Fasa yang telah digariskan pada sidang sebentar tadi.