Pentadbiran negara kini sedang meneliti pembukaan semula sidang Parlimen. Apa yang menarik ia dipertimbangkan untuk dilaksana secara hibrid, gabungan penyertaan ahli parlimen secara fizikal dan maya.
Menurut Datuk Seri Takiyuddin – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) langkah itu harus dilaksanakan untuk mengembalikan peranan Parlimen dalam memperhalusi pemulihan isu negara secara berperingkat.
Setakat ini, sidang maya telah dilakukan bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Timbalan-Timabalan untuk meneliti isu berkaitan.
Persediaan rangkuman ini akan dilakukan segera dan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.