Sebelum ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan penutupan pejabat serta kaunter perkhidmatan mereka sehingga 14 Jun.
Namun langkah itu dilanjutkan sehingga 28 Jun kelak, berikutan penambahan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama minggu lalu.
Oleh itu, bagi janji temu yang telah ditetapkan sebelum ini akan dibatalkan. Penetapan semula temu janji harus dilakukan kembali setelah tempoh PKP ini tamat.
Sebarang maklumat lanjut, para pencarum boleh menghubungi di talian 03-8922 6000 atau layari pautan portal KWSP – www.kwsp.gov.my. Bagi penjelasan berkenaan kemudahan i-Sinar, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.