Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) kini telah mengumumkan mereka akan menutup semua pejabat dan kaunter perkhidmatan KWSP seluruh negara untuk sementara, bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.
Langkah ini diambil selari dengan perintah PKP Skala Penuh oleh kerajaan untuk tempoh berikut.
Selain urusan di pejabat dan kaunter perkhidmatan, KWSP turut mengatakan semua janji temu yang telah dilakukan akan dibatalkan. Ahli terlibat diminta untuk melakukan semula janji temu selepas tempoh PKP Skala Penuh ini ditamatkan.
Ahli KWSP boleh hubungi pihak KWSP di talian 0389226000 atau merujuk saluran rasmi KWSP untuk sebarang maklumat lanjut.