Artikel

Penguatkuasaan Had Masa 2 Jam Di Premis, Kini Ditangguhkan – KPDNHEP

Sebelum ini, sekiranya inidividu berada di premis melebihi 2 jam akan dikenakan kompaun – kini tidak lagi, penguatkuasaan tersebut telah ditangguhkan serta-merta.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) – penguatkuasaan itu akan ditangguhakan ke suatu tempoh yang dimaklumkan kelak.

Menerusi penangguhan had masa ini, para pengguna dinasihatkan untuk merancang aktiviti pembelian barangan runcit atau keperluan mereka. Kerjasama pengguna akan membantu pihak premis mengawal kemasukan pengguna sepanjang PKP ini.

Walaupun penangguhan had masa dilaksanakan, namun KPDNHEP memberi penegasan pematuhan SOP sepanjang PKP ini masih lagi ketat dan terkawal.

Maka, orang awam diminta memanfaatkan penangguhan penguatkuasaan tersebut dengan mengikuti arahan garis panduan.