Artikel

Sekiranya Berada Di Premis Lebihi 2 Jam, Individu Akan Dikompaun Serta-Merta – KPDNHEP

Umum ketahui, mulai 25 Mei (semalam) penguatkuasaan had masa maksimum 2 jam diperuntukkan buat orang awam untuk kemasukan mana-mana premis peruncitan, ini termasuklah pusat membeli-belah.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad pada laporan mengatakan tindakan kompaun akan dikenakan serta-merta ke atas individu yang melebihi had masa tersebut.

Tindakan kompaun ini selaras mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sesi pemantauan dari semasa ke semasa akan dijalankan oleh pihak berkuasa untuk memastikan aturan garis panduan tersebut dipenuhi.