Artikel

Filipina Rancang Benarkan Penggunaan Kecemasan Vaksin Pfizer Pada Remaja Berusia 12 -15 Tahun

Seperti yang umum ketahui, sejak Mac lalu Pfizer dan AstraZeneca sedang jalani ujian klinikal penggunaan vaksin ke atas golongan remaja.

Malah, firma Pfizer-BioNTech FDA – Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (AS) pada April lalu telah mengusulkan kelulusan penggunaan vaksin ini ke atas remaja. 

Kini berdasarkan laporan – Filipina akan membenarkan penggunaan Pfizer untuk penggunaan kecemasan kepada remaja yang berusia 12 tahun hingga 15 tahun.

Menurut Rolando Enrique Domingo, Ketua Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Filipina pindaan akan dilaksanakan untuk meluluskan kebenaran tersebut.

Tindakan ini bagi membantu melandaikan keluk penularan dalam kalangan orang awam Filipina.