Seperti yang semua ketahui sejak Mac lalu, Pfizer dan AstaZeneca sedang menjalankan ujian klinikal ke atas golongan remaja.
Kini, terbaharu firma Pfizer BioNTech akan memohon kelulusan dari FDA – Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (AS) berhubung penggunaan kecemasan vaksin tersebut terhadap individu yang berusia 12 tahun hingga 15 tahun di AS.
Permohonan hanya dilakukan setelah ujian klinikal itu mencapai tahap keberkesanan elak jangkitan 100%.
Setakat ini, penggunaan vaksin Pfizer memperolehi kelulusan penggunaan kecemasan pada orang awam yang berusia 16 tahun dan ke atas sahaja.