Artikel

Aturan Akta Kerja 1955 – Harus Disesuaikan Konsep Bekerja Dari Rumah

Penerapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) kali ini nyata mengembalikan semula rutin sebahagian sektor ekonomi pada konsep Bekerja Dari Rumah.

Berdasarkan laporan RTM, permasalahan yang sama kekal wujud apabila pilihan keseimbangan tidak diperolehi sepenuhnya oleh para pekerja.

Maka cadangan aturan semula Akta Kerja 1955 ini merangkumi aspek berkaitan perubahan syif bekerja, elaun tambahan serta insentif perlindungan.

Langkah ini wajar diberi penelitian- menurut Datuk Azih Muda Penasihat Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia, penyelarasan ini dapat mengurangkan tekanan kepada semua kakitangan.

Untuk makluman, tinjauan Microsoft sebelum ini – turut menyatakan dari 1,000 responden di Malaysia, sekitar 77% berpendapat pilihan BDR yang fleksibel wajar diteruskan.

Usaha itu membantu para pekerja membentuk produktiviti dan mengawal tekanan komitmen mereka.