Artikel

77% Pekerja Di Malaysia Ingin Pilihan Bekerja Dari Rumah Yang Fleksibel Di Kekalkan – Tinjauan Microsoft

Majikan kini perlu menilai semula akan pilihan konsep bekerja dari rumah (BDR) kepada kakitangan mereka. Ini kerana, tinjauan Microsoft ke atas lebih 30,000 individu di 31 buah negara, termasuklah 1,000 pekerja di Malaysia, melihat keseimbangan pilihan ini wajar di kekalkan.

Berdasarkan pengamatan ke atas 1,000 responden di Malaysia terdapat beberapa langkah yang harus dititkberatkan demi kelangsungan pekerjaan secara bersepadu ini. Antaranya, sekitar 77% berpendapat pilihan tersebut harus diteruskan, sementara 75% pula berpendapat keperluan tambahan masa bersama pasukan pekerja mereka dipertingkatkan untuk mendepani dan memahami situasi semasa.

Pilihan BDR yang lebih fleksibel ini wajar dipertimbangkan – ini kerana, tahun lalu menyaksikan 58% pekerja di Malaysia diperkatakan alami kepenatan dan perolehan tugasan berlebihan. Maka perubahan pada produktiviti para pekerja perlu dikawal.

Selain itu, para majikan turut disarankan untuk sentiasa berhubung bersama para pekerja mereka. Menerusi tindakan ini, 46% mengakui pekembangan operasi lebih meningkat.

Sementara itu, berikutan penerapan BDR dan konsep kerja hibrid ini sudah pasti perolehan kepakaran dapat dipenuhi pada bila-bila masa sahaja. Berdasarkan tinjauan 47% responden berhasrat untuk menukar lokasi pekerjaan baharu mereka pada tahun ini.

Pandemik COVID-19 nyata membuktikan premisĀ  perniagaan mampu memenuhi kepakaran dan peningkatan produktiviti tanpa mengira masa. Namun perkara ini hanya dapat dipenuhi menerusi keseimbangan antara penerapan digitalisasi dan penyediaan tempat berkerja fizikal baik.

Langkah itu dapat diperkasakan dengan memberi pilihan fleksibel kepada pekerja untuk memastikan ruang skop tugasan mereka dapat dilaksanakan dengan baik menerusi kemudahan yang diberi.

Namun begitu, penulis kira saranan ini hanya dapat dilaksanakan oleh tugasan tertentu sahaja, sementara tugasan kerja kemahiran fizikal masih memerlukan keberadaan petugas di lokasi pekerjaan mereka.