Peningkatan kes positif harian COVID-19 negara ketika ini nyata meningkatkan kebimbangan orang awam terhadap tahap kesihatan semasa.
Melihat pada situasi ini, terdapat sebilangan rakyat negara mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat seperti yang dilakukan pada siri PKP 1.0 pada 18 Mac 2020, tahun lalu.
Ini kerana orang awam berpendapat langkah itu wajar dilakukan bagi menurunkan semula keluk peningkatan kes positif dan mengawal ketidakpatuhan yang berlaku ketika ini.
Bagaimanpun, berdasarkan pemerhatian sekiranya pelaksanaan PKP dilakukan seperti PKP 1.0, Malaysia cenderung untuk berdepan dengan risiko kerugian RM2.4 bilion sehari. Penangguhan operasi atau mengehadkan operasi sektor ekonomi berkepentingan mampu mengugat pertumbuhan negara.
Namun begitu, penulis melihat risiko perolehan tersebut dapat diatasi dengan mengikuti penyediaan SOP seperti PKP 2.0 negara – ketika itu negara memaparkan kerugian sekitar RM300 juta – RM600 juta sehari berikutan pembukaan 5 sektor ekonomi penting negara.
Lima sektor telah dikenal-pasti yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu. Ia terdiri daripada sektor pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.
Tambahan pula, menerusi integrasi HIDE – Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) akan memudahkan lagi senarai premis yang berpotensi menjadi titik penularan COVID-19 untuk mengawal kesan tersebut.
Meskipun terdapat saranan sedemikian, pelaksanaan tersebut hanya dapat dilakukan menerusi arahan semasa KKM dan Majlis Keselamatan Negara. Setakat ini, tiada sebarang maklum balas diterima pihak awam. Untuk makluman, hari ini (17 Mei) menyaksikan kes positif harian mencatatkan jumlah 4,446 kes oleh KKM.
Terkini. 17 Mei. Kes baharu hari ini 4,446. #COVID19
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) May 17, 2021