Artikel

OPR Masih Kekal Pada Paras 1.75% – Bank Negara Malaysia

Melihat situasi itu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia kini membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75%.

Sentimen ekonomi negara ketika ini sedang bergerak ke arah pemulihan, ini didorong peningkatan permintaan pada pengeluaran kilang serta perdagangan serantau.

Pertumbuhan ini disokong oleh pengeluaran yang lebih tinggi daripada fasiliti perkilangan yang sedia ada dan baharu, terutamanya dalam subsektor elektrik dan elektronik (E&E) dan subsektor berkaitan sumber, serta loji pengeluaran minyak dan gas. Kemajuan program pemberian vaksin COVID-19 dalam negeri juga akan meningkatkan sentimen dan menyumbang ke arah pemulihan kegiatan ekonomi.

Meskipun momentum pertumbuhan berisiko bergerak perlahan berikutan kawalan sekatan dan peningkatan kes COVID-19 ketika ini – namun sokongan pengekalan kadar OPR wajar dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi Malaysia.

Pihak pentadbiran bagaimanapun masih menetapkan sebarang kebarangkalian boleh berlaku pada ekonomi negara.

Setakat ini purata inflasi keseluruhan pada tahun 2021, diunjurkan lebih tinggi antara 2.5% hingga 4.0%, disebabkan faktor tolakan kos berikutan harga minyak dunia yang meningkat.

BNM turut menjangkakan inflasi keseluruhan akan melonjak secara mendadak pada suku kedua 2021 – disebabkan asas lebih rendah berbanding harga bahan api runcit.

Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, dijangka kekal rendah, berpurata antara 0.5% hingga 1.5% untuk tahun ini.

Namun momentum itu masih bergantung kepada perkembangan harga minyak dunia serta pasaran komoditi.