Artikel

Peningkatan Trend “Beli Sekarang Bayar Kemudian” – Visa, GHL Tawar Ciri Ansuran Pembayaran

Setelah menerapkan ciri dompet digital GrabPay pada seluruh stesen minyak Shell Malaysia – GHL System kini mulai temeterai kerjasama dengan Visa, memperkenalkan ciri ansuran Visa pada penggunaan platform pembayaran eGHL.

Langkah kerjasama ini berikutan tindak balas Visa terhadap peningkatan trend Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) pada perkhidmatan pembayaran negara. Menerusi tawaran pilihan pembayaran ansuran itu, ia membolehkan para pengguna – sama ada transaksi secara fizikal atau atas talian melakukan pembelian secara ansuran.

Sehingga kini, lebih 2,500 peniaga pada eGHL menawarkan pilihan ansuran tersebut kepada pelanggan aktif mereka melalui ciri penyelesaian tersebut.

Kerjasama pelaksanaan ciri ansuran ini secara tidak langsung dapat merancakkan lagi aliran tunai perbelanjaan negara, pada pertumbuhan ekonomi.