Artikel

GHL Kini Membolehkan Penggunaan GrabPay – Di Seluruh Stesen Minyak Shell

Dalam usaha memperluaskan penerapan nirtunai (tanpa tunai) – syarikat pembayaran GHL Systems kini telah mulai membolehkan penggunaan dompet digital GrabPay di seluruh stesen minyak Shell negara.

Menerusi penerapan ini ia tidak hanya menyahut penerapan ekonomi tanpa sentuhan tetapi turut memberi kemudahan infrastruktur yang baik untuk memenuhi permintaan para pengguna Shell.

Menurut Priyanka Madan, Ketua Kewangan Grab Malaysia – selaku pembangun teknologi, usaha ini berupaya mendorong galakan pembayaran nirtunai dalam kalangan pengguna Malaysia. Tidak hanya itu, kolaborasi ini juga mampu menampilkan pelbagai tawaran dan ganjaran menarik menerusi transaksi yang telah dilakukan.