Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 13 April sebelum ini telah menawarkan 70% potongan bagi setiap pembayaran saman sehingg 11 Jun kelak kepada para pengguna. Ternyata inisiatif itu memberi galakkan kepada orang awam untuk melunaskan hutang saman mereka bersama JPJ.
Ini kerana dalam masa dua minggu sahaja – pihak berkuasa telah mengumpul sekitar RM3.147 juta merangkumi 45,317 saman.
Melihat sambutan baik ini, Ketua Pengarah Datuk Zailani Hashim menyarankan orang awam yang memiliki saman JPJ ini untuk membayar saman tersebut, penurunan harga saman tersebut adalah tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715), termasuk kes yang masih disenarai hitam.
Selain itu, JPJ juga kini menawarkan pengecualian pembayaran lesen kenderaan bermotor atau cukai jalan (LKM) kepada kenderaan milik agensi bukan kerajaan (NGO) yang digunakan untuk tujuan kebajikan, keagamaan serta pengebumian.
Terdapat 3 kategori pengecualian LKM:
- 100% untuk kebajikan bahagian pendengaran
- 70% kenderaan di bawah persatuan atau kebajikan
- 50% kenderaan yang di miliki persatuan serta institusi keagamaan