Artikel

Mulai Hari Ini – JPJ Tawar 70% Diskaun Pembayaran Saman, Selama Dua Bulan

Bersempena sambutan ulang tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini (13 April) – diskaun 70% selama 2 bulan kini ditawarkan kepada semua pengguna yang memiliki saman atau kes pada senarai hitam.

Perkara itu telah dinyatakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong semalam – di mana penawaran diskaun ini melibatkan sekitar 3.5 juta saman aktif yang didapati sejak 2010 hingga Mac 2021.

Menerusi pemberian diskaun ini – individu yang terlibat disarankan untuk melunaskan bayaran tersebut secara atas talian menerusi portal rasmi jabatan atau mana-mana kaunter pejabat JPJ.

Pada masa yang sama, memahami tahap kesihatan semasa, JPJ kini telah memperkenalkan sistem giliran menunggu secara atas talian – JPJeQ. Sistem ini bertujuan mengelakkan dari sebarang kesesakan berlaku di semua premis serta kaunter JPJ.

Aplikasi ini membolehkan pelanggan memilih cawangan JPJ yang kurang sesak dan menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor menunggu, dan ini adalah aplikasi mesra pengguna untuk kumpulan OKU serta warga emas.