Artikel

Pertumbuhan Malaysia 2021 Disasarkan Capai Paras 5.6% – AMRO

Walaupun Bank Dunia menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia di paras 6% ke atas, namun peningkatan pandemik nyata akan menyukarkan sasaran tersebut.

Firma penyelidikan antarabangsa ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO) ketika ini menetapkan perolehan KDNK negara pada tahun ini pada paras 5.6%, sementara tahun 2022 pula di paras 6.2%

Kadar itu di dorong dasar fiskal serta perbelanjaan kerajaan terhadap situasi pandemik COVID-19. Pada masa yang sama, pemintaan domestik jelas mempamerkan peningkatan semula pada dinamik ekonomi negara.

Selain itu, institusi perbankan negara dilihat memaparkan daya saing yang baik pada pasaran. Kestabilan itu akan membantu pengurusan kewangan negara.

Setakat ini, jangkaan positif tersebut dilakukan berikutan ekonomi negara masih dibuka. Sekiranya berlaku sekatan atau penangguhan operasi kelak – AMRO akan menyemak semula sasaran KDNK Malaysia.