Artikel

Prestasi Bank-Bank Utama Malaysia Dijangka Atasi Indonesia, Filipina Dan Thailand – Moody’s

Syarikat penarafan antarabangsa Moody’s Investors Service kini menyatakan prestasi kualiti aset perbankan utama Malaysia dilihat lebih kukuh dan berpotensi mengatasi pemulihan perbankan utama negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Thailand.

Antara faktor yang mendorong kepada tahap kualiti tersebut adalah perbankan negara memiliki modal dan kecairan yang kukuh – membolehkan pulangan keuntungan dapat dicapai lebih cepat berbanding rakan serantau lain.

Faktor lain yang turut mendorong pengukuhan tersebut meliputi jaminan tinggi pada setiap pinjaman perniagaan dilakukan dan ia disokong dengan pelbagai aset kewangan.

Menerusi pengukuhan aset ini, ia akan membantu perbankan utama Malaysia mengembalikan keuntungan lebih cepat berikutan risiko aset yang lebih rendah. Momentum itu akan menyelamatkan ekonomi negara untuk keperluan peruntukan lebih tinggi kelak.