Artikel

Semakan Gaji Minimum Perlu Ditangguhkan, Beri Ruang Majikan Menstabilkan Perniagaan – MEF

Tekanan kos sara hidup telah menyebabkan keperluan peningkatan isu gaji minimum harus dibangkitkan. Tambahan pula, krisis pandemik COVID-19 telah menyukarkan lagi situasi kewangan negara.

Menyedari hakikat itu, pada Hari Pekerja 1 Mei lalu – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kerajaan kini sedang melakukan semakan berhubung paras gaji minimum negara yang dijadualkan pada Februari 2022.

Bagaimanapun Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) kini memohon penangguhan ke atas semakan tersebut dilaksanakan.

Ini kerana, para majikan dan premis ketika ini sedang berdepan risiko tanggungan, ketika ini isu pengurangan dan pemotongan gaji tenaga kerja telahpun terjadi pada perniagaan negara.

Peningkatan kadar gaji minimum dilihat akan menambahkan nilai kos operasi pada premis.

Berdasarkan laporan, permohonan penangguhan itu memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk premis dan majikan kembali stabil pada pertumbuhan negara.