Artikel

Penelitian Semula Tahap Gaji Minimum Malaysia Sedang Dilakukan – PM Muhyiddin

Sehingga kini, tahap gaji minimum negara berada di paras RM1,100 dan RM1,200 bagi majlis perbandaran tertentu. Menyedari kepentingan tersebut, bersempena Hari Pekerja 1 Mei ini – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kajian semula ke atas perintah gaji minimum 2020 kini sedang dilakukan.

Usaha itu meliputi tindakan meminda undang-undang pemburuhan – antaranya Akta Kerja 1955, seperti melanjutkan tempoh cuti bersalin kepada 90 hari, pemberian cuti paternity selama 3 hari serta bahagian penetapan tanpa had gaji kepada sektor swasta.

Semua pihak diminta menyuarakan pendapat serta cadangan bagi menambahbaik isu tersebut.

Ini kerana PM Muhyiddin memahami ramai pihak telah terjejas berikutan krisis pandemik dan perlu mengambil jangka masa yang lama untuk memulihkan semula kewangan mereka.

Tidak hanya itu, PM Muhyiddin turut menyentuh amalan pekerjaan akan ditambah baik untuk memenuhi keperluan kehidupan yang lebih seimbang, fleksibel – menerusi pengurangan waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam.