Minggu ini, terdapat persoalan berhubung pengenaan jumlah kompaun yang dilakukan pihak berkuasa ke atas pihak tertentu.
Menurut Datuk Seri Takiyuddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) – setiap kompaun yang dikenakan haruslah bertepatan di bawah Akta 342 iaitu pada Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun.
Untuk makluman, mana-mana pengusaha perniagaan yang melakukan kesalahan melebihi had masa dibenarkan denda maksimum RM10,000.
Oleh itu, setiap pihak penguatkuasa perlulah mengikuti garis panduan yang ditetapkan. Malah setelah denda dikenakan setiap pesalah memiliki kadar pengurangan mengikut tempoh pembayaran yang telah ditetapkan sebelum ini.
Ianya terdiri daripada:
- Diskaun 50% akan diberikan sekiranya pembayaran kompaun dapat dilakukan dalam tempoh 7 hari
- Diskaun 25% akan diberikan sekiranya pembayaran dilakukan dalam tempoh 14 hari
Menerusi tawaran itu – orang awam diharapkan dapat memanfaatkan nilai diskaun dan terus mematuhi garis panduan bagi mengelakkan penerimaan kompaun. Sementara pihak berkuasa pula perlu mematuhi garis panduan pengenaan kompaun di bawah Akta 342.