Artikel

Kebenaran Rentas Negara Bagi Pekerja Malaysia Yang Telah Terima Vaksin Di Singapura – Sedang Diteliti

Kebenaran kepada pekerja Malaysia di Singapura yang telah menerima vaksin COVID-19 kini sedang diteliti oleh pihak berkuasa. Perincian ini merangkumi penyediaan pas laluan hijau khas untuk mereka.

Seperti yang umum ketahui, Malaysia-Singapura sebelum ini telah membincangkan pelaksanaan pembukaan sempadan antara dua buah negara. Namun ia mengalami penangguhan berikutan peningkatas kes harian.

Bagaimanapun, Menteri Luar Hishamuddin Hussien pada awal April lalu telah menyatakan perbincangan lanjutan akan dilakukan pada awal Mei ini – untuk tindakan susulan.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor Mohd Izhar Ahmad – langkah kelonggaran ini akan diperhalusi dalam kategori kluster.

Setakat ini, usaha itu masih di bawah penelitian dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.