Isu rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura kini dilihat antara agenda utama yang akan dibentangkan – seperti yang umum ketahui pembukaan sempadan sebelum ini telah mengalami penangguhan berikutan peningkatan COVID-19.
Jaminan perbincangan tersebut telah dinyatakan oleh Menteri Luar Hishamuddin Hussein – berdasarkan pelaporan perbincangan tersebut akan dilakukan pada awal bulan hadapan, Mei kelak.
Sebelum ini, kata sepakat menerusi 2 kategori rentas sempadan telah dicapai oleh kedua-dua negara iaitu meliputi Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Brkala (PCA).
Bagaimanapun, tindakan lanjut berhubung pelaksanaan itu akan diperincikan semula berdasarkan situasi dan arahan semasa dari pihak kesihatan negara.