Artikel

Malaysia-Singapura Capai Persetujuan Buka Sempadan Negara, Jangkaan 17 Ogos Ini

Malaysia dan Singapura hari ini telah mencapai persetujuan berhubung pembukaan sempadan bagi kedua-dua buah negara.

Pertemuan yang penuh simbolik ini telah mengetengahkan dua kategori rentas sempadan bagi rakyat negara, iaitu Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA).

Permohonan bagi kedua-dua kategori tersebut akan dibuka mulai 10 Ogos kelak di mana bagi mereka yang terlibat boleh melakukan permohonan di Jabatan Imigresen Malaysia.

Menurut Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, keputusan bersama ini dilakukan setelah mereka mencapai persetujuan pada prosedur operasi piawaian (SOP) untuk pelaksanaan rentas sempadan tersebut.

Jangkaan bagi kemasukan untuk kategori RGL adalah 400 individu, setelah seminggu dibuka – manakala kategori PCA pula had kemasukannya adalah 2,000 individu sehari.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkan adalah terbaru – Singapura kini telah mencatatkan kes baru COVID-19 sebanyak 481 kes. Jumlah tersebut telah membawa kepada lebih 50,000 kes COVID-19 yang dicatatkan oleh Singapura. Setakat ini seramai 45,352 kes telah pulih dan 4,990 kes masih lagi dalam rawatan.

Tindakan persetujuan rentas sempadan ini sememangnya suatu usaha yang baik dalam membantu pertumbuhan ekonomi negara, namun persoalan mula timbul akan kreadibiliti negara dalam menangani isu penularan COVID-19 tersebut.