Artikel

Sejumlah 4,868 Kes Telah Dikesan – Pada Sektor Pendidikan Negara

Status kesihatan semasa, sektor pendidikan antara yang terdedah dengan penularan pandemik COVID-19 – susulan pembukaan sekolah.

Berdasarkan laporan CPRC KKM, sekitar 83 kluster telah dikesan dengan jumlah 4,868 kes positif COVID-19 adalah dari sektor pendidikan negara.

Bagaimanapun dari jumlah kes, sebanyak 2,251 kes telah diisytiharkan tamat. Kenyataan itu dimaklumkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba pada hari ini (21 April).

KKM kini menasihati semua pihak untuk terus patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk memutuskan rantaian pandemik.

Seperti yang umum ketahui, setakat ini beberapa sekolah di Kelantan, Selangor dan Sarawak telah diarahkan tutup dan para pelajar perlu mengikuti pembelajaran dan pengajaran di rumah sahaja (PdPR).

Keputusan penutupan itu dicapai berasaskan penilaian pihak Kementerian Pendidikan, kerajaan negeri dan kesihatan.