Artikel

Mulai Hari Ini – Semua Sekolah Di Kawasan PKP Negeri Kelantan, Kini Ditutup

Kebimbangan peningkatan kes COVID-19 di tujuh daerah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) negeri Kelantan kini diarahkan tutup, bermula hari ini (18 April). Tujuh daerah tersebut adalah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

Saranan itu dicapai berdasarkan penilaian kesihatan yang semakin meningkat dengan ketara, khususnya bagi penularan membabitkan guru dan para para pelajar.

Penutupan ini turut merangkumi pendidikan tadika, serta institusi swasta yang terdapat di 7 daerah tersebut. Sementara itu, bagi para pelajar yang menetap di asrama pula akan terus kekal berada di kawasan asrama tersebut.

Persetujuan ini telah dimaklumkan dari Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah – pemantauan dari semasa ke semasa akan dijalankan bagi memastikan pengesanan penularan COVID-19 dapat dibendung.

Bagi sekolah yang terlibat – setakat ini para pelajar akan meneruskan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).