Artikel

Bank Dunia Jangka Sebahagian Pekerjaan Di Malaysia Akan Beralih Ke Arah Automasi

Ketika era pandemik ini, penerapan teknologi adalah suatu kewajaran yang harus diterap pada setiap pembangunan pekerjaan – bagaimanapun, ternyata pembentukan automasi ini mampu mengugat sebahagian peluang pekerjaan di Malaysia.

Semalam (20 April) – Bank Dunia telah menyatakan sasaran mereka pada sidang Meningkat Daya Saing dan Mewujudkan Pekerjaan bahawa dijangka separuh pekerjaan di negara bakal digantikan dengan automasi untuk jangka masa panjang.

Tanggapan perubahan itu, sememangnya tidak dapat dielakkan  susulan penerapan automasi adalah suatu tindakan penting untuk kelangsungan operasi.

Antara sektor yang dijangka terlibat adalah sektor perkilangan, operator mesin, akauntan, bahagian teknikal- seperti kejuruteraan elektronik, penerbangan dan elektrik.

Sebelum ini, berdasarkan bancian laporan PwC pada Ketahanan Digital Dalam Era Baharu – menunjukkan 77% responden di Malaysia berpendapat teknologi kini memainkan peranan yang penting dalam landskap pekerjaan mereka.

Hasil tinjauan dapati penglibatan teknologi dalam meningkatkan keperluan organisasi dan jurang kemahiran antara pekerja setelah krisis COVID-19 tular.

Namun penegasan terhadap kepentingan kemahiran digital perlu dibentuk pada pendidikan awal negara. Kekurangan pendedahan akses ini akan menyebabkan kualiti pelajar negara ketinggalan pada era pekerjaan kelak.