Artikel

Gamuda, IJM Corporation – Antara 4 Kontraktor Berpotensi Raih Projek MRT3

Firma penyelidikan CGS-CIMB kini menyasarkan 4 kontraktor yang berpotensi meraih projek Laluan Lingkaran Aliran Transit Massa (MRT3).

Antara yang disasarkan adalah IJM Corporations, Gamuda Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad dan WCT Holdings Berhad.

Berdasarkan pelaporan, pemberian kontrak tersebut akan merangkumi penerapan teknologi seperti SIstem Bangunan Perindustrian (IBS) dan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

Bagaimanapun pemilihan tender itu hanya akan diketahui umum menjelang Ogos ini dan MRT Corp turut menjangkakan pembangunan projek itu dapat dilakukan pada awal tahun hadapan, 2022.

Apa yang lebih menarik, meskipun tidak dinyatakan anggaran perbelanjaan kos pembangunan – pihaknya optimis pulangan lebih 3 kali ganda dapat diperolehi berbanding kos asal.