Projek Laluan Lingkaran Aliran Transit Massa (MRT3) kini disasarkan menerima suntikan dana swasta sekitar 10% sehingga 30%. Jangkaan itu telah dinyatakan oleh Mass Rapid Transport Corp (MRT Corp).
Menerusi langkah penyasaran pembiayaan ini ia secara tidak langsung dapat mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dari kerajaan. Menurut Datuk Mohd Zarif Hashim – Ketua Pegawai Eksekutif MRT – setakat ini penelitian masih dilakukan berhubung penyertaan pemain industri setelah tender dibuka kelak pada Ogos ini.
Sasaran lain pada projek ini adalah untuk meningkatkan kualiti pembangunan disamping memiliki penyertaan guna tenaga yang berkemahiran tinggi pada awal tahun hadapan, 2022.
Malah projek ini difahamkan dapat merancakkan lagi ekonomi negara dari segi penerapan teknologi, rangkaian pembekalan serta penglibatan Sabah dan Sarawak.
Berdasarkan laporan sebelum ini, Hong Leong Investment pernah menganggarkan kos perbelanjaan pembangunan ini sehingga RM22 bilion – bagaimanapun angka tersebut tidak sangkal mahupun dinafikan oleh Datuk Zarif.
Pihaknya sekadar menyatakan projek ini mampu memberi pulangan lebih tiga kali ganda daripada kos perbelanjaan yang ditetapkan. Kenyataan itu akan memberi pulangan baik buat pertumbuhan ekonomi negara.