Hasil perdagangan haram dan penyeludupan rokok pada pasaran tempatan – nyata memberikan kerugian buat Malaysia, lebih RM5 bilion dari hasil cukai telah hilang disebabkan kegiatan tersebut.
Menurut Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE), tindakan segera perlu diambil untuk menghentikan kegiatan kartel rokok seludup dalam kalangan penguatkuasa.
Kerugian yang ditanggung ini dilihat mampu mempengaruhi pasaran negara dan menjadi duri pada institusi awam negara.
Untuk makluman, isu ini telah diperdebatkan sejak Disember 2020 – berdasarkan tinjauan sekitar 64% jualan rokok di pasaran negara adalah dari kegiatan penyeludupan dan hanya 36% jualan secara sah dan lalui bayaran cukai sahaja dilakukan.
Maka tindakan memperkasakan polisi dalam kalangan agensi penguatkuasaan perlu dipertingkatkan – langkah ini perlu diambil untuk memastikan negara tidak mengalami kerugian.
Fokus Malaysia ketika ini adalah memulihkan kesejahteraan negara dan status ekonomi.