Artikel

Sekitar 200 Usahawan Tani Terima Manfaat Pembiayaan Berjumlah RM20 Juta, Rancakkan Amalan Teknologi

Jika sebelum ini MDEC bersama CIMB Islamic menyalurkan dana pembiayaan kepada pemain industri pertanian – kini giliran Agrobank bersama Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) pula menyumbang pembiayaan berjumlah RM20 juta.

Usaha ini meliputi 200 usahawan tani bagi merancakkan dan menerapkan amalan teknologi pada operasi pertanian mereka.

Berdasarkan usahasama itu, setiap pemain industri disasarkan menerima pembiayaan maksimum pada RM100,000. Menerusi langkah ini – bimbingan secara bantuan kemahiran, teknikal akan diberikan kepada pemain industri di bawah akademi teknologi MTDC.

Persefahaman itu turut disokong oleh MAFI – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam memperkasakan sektor pertanian negara, dari segi kos dan pembangunan peluang pekerjaan.

Penghasilan yang lebih produktif akan mendorong kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi Malaysia.