Artikel

Sabah Tidak Membenarkan Operasi Bazar Ramadan, Susulan Situasi COVID-19

Meskipun kebenaran operasi Bazar Ramadan telah dinyatakan oleh Majlis Keselamatan Negara pada 16 Mac lalu – namun kerajaan negeri Sabah kini mengambil pendekatan untuk tidak membenarkan operasi tersebut diadakan pada tahun ini.

Tindakan ini berikutan situasi pandemik COVID-19 di negeri tersebut.

Menurut Menteri KPKT Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun setakat ini seramai 385,423 penduduk Sabah iaitu 13.10% telah berdaftar berhubung suntikan COVID-19. Malah penemuan beberapa kluster juga perlu diberi tumpuan oleh pihak berkuasa.

Selain itu, tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat negeri juga dilihat masih rendah – pelabagai usaha perlu disemai untuk menangani perkara terbabit.

Untuk makluman, berdasarkan catatan kes harian COVID-19 semalam (8 April) – Sabah menunjukkan pertambahan kes sebanyak 106 kes positif COVID-19. Manakala nilai kebolehjangkitan (RT) pula berada di paras 1.10 mata.