Artikel

Bazar Ramadan, Solat Tarawih Kini Dibenarkan – DS Ismail Sabri

Menyedari penantian semua rakyat negara berhubung pelaksanaan operasi ketika bulan Ramadan kelak – Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memaklumkan kebenaran operasi Bazar Ramadan dan aktiviti ibadah tarawik telah dipersetujui.

Bagaimanapun, tegas Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri – penetapan garis panduan akan dipertingkatkan bagi mengatasi permasalahan penularan pandemik.

Makluman tambahan berhubung piawaian pematuhan operasi dan aktiviti itu akan dimaklumkan kelak – ia bergantung berdasarkan lokasi dan langkah pematuhan negeri-masing-masing.

Kebenaran ini secara tidak langsung memberi kelonggaran kepada orang awam untuk menjalankan perniagaan ketika bulan Ramadan, iaitu April 2021.