Artikel

Kutipan Kompaun Lebih RM52.7 Juta Kini Dicatatkan – Menerusi Aplikasi MyBayar Saman PDRM

Penggunaan aplikasi MyBayar Saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diperkenalkan sejak 25 Mac lalu, kini memaparkan sekitar 475,261 saman telah dilangsaikan.

Menerusi jumlah saman itu, pungutan pembayaran kini mencatatkan RM52,715,630 juta. Pembayaran secara aktif ini jelas meliputi penawaran diskaun 50% yang pernah dinyatakan oleh PDRM. 

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil peluang diskaun ini bagi melangsaikan tunggakan saman mereka – sebelum tawaran tersebut berakhir 11 April ini.

Namun, diskaun kompaun ini dijelaskan tidak merangkumi kesalahan trafik seperti menggunakan telefon ketika memandu, melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan ataupun melanggar lampu isyarat.

Bagi mengetahui maklumat lanjut – para pengguna boleh memuat turun aplikasi MyBayar Saman pada peranti pintar atau layari pautan portal MyBayar Saman PDRM ini.