Penggunaan aplikasi sebagai sebuah medium pembayaran kini mulai diterapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menampilkan portal serta Aplikasi MyBayar Saman kepada seluruh rakyat negara.
Menerusi aplikasi ini, ia dapat memudahkan para pengguna untuk melakukan bayaran saman secara terus – menerusi atas talian.
Seiring dengan pengenalan aplikasi ini – Menurut Ketua Polis Negara, bemula hari ini (25 Mac) PDRM kini menawarkan 50% diskaun saman kepada pengguna yang membayar menerusi portal atau aplikasi MyBayar Saman sehingga 11 April kelak.
Penawaran ini nyata dapat memberi manfaat kepada pengguna untuk memperolehi kadar pengurangan saman yang dikenakan sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut para pengguna boleh memuat turun aplikasi MyBayar Saman pada peranti pintar atau layari pautan portal MyBayar Saman PDRM ini.