Artikel

Giant Kini Memperlihatkan Perubahan Logo Baharu Pada Pasaran Malaysia

Jika sebelum ini, pada 7 Oktober 2020, Giant telah mengumumkan penerapan logo baharu pada pasaran Singapura – kini penerapan logo tersebut mula diperlihatkan pada cawangan di pasaran Malaysia.

Kenyataan itu telah dimaklumkan pada pautan rasmi media sosial Facebook mereka pada hari ini (7 April) di mana pelancaran terbabitkan akan dilakukan pada esok, 8 April tepat jam 9 pagi.

Berdasarkan petunjuk yang diberi juga – terdapat penawaran promosi potongan harga barangan bermula 8 April sehingga 13 April ini kepada semua pelanggan aktif. Langkah ini secara tidak langsung memberi pulangan baik kepada para pelanggan untuk memenuhi keperluan harian mereka.

Untuk makluman, syarikat dibawah pengurusan Dairy Farm Group ini memperlihatkan perubahan logo Giant merangkumi warna dan penggunaan muka-taip yang berbeza. Di mana, Giant mula menggunakan warna hijau limau sebagai warna utama penjenamaan tersebut.

Seperti yang umum ketahui perubahan logo entiti pasaraya ini telah dilakukan ke atas 53 cawangan di Singapura. Melalui pendedahan ini sudah pasti ia turut meliputi perubahan di seluruh pasaran negara. Selain Singapura dan Malaysia – Giant turut memiliki cawangan pada negara Indonesia.