Artikel

Giant Kini Tampil Dengan Identiti Baharu Pada Pasaran Singapura

Giant kini telah mengumumkan pelancaran logo terbaharunya, di Singapura.

Perubahan logo Giant ini dilihat merangkumi warna dan penggunaan muka-taip yang berbeza. Di mana, Giant mula menggunakan warna hijau limau sebagai warna utama penjenamaan tersebut.

Setakat ini, perubahan logo tersebut telah mula dilakukan pada 53 buah cawangan pasaraya di Singapura. Manakala, pada cawangan negara lain tidak diberikan makluman yang jelas berhubung pertukaran logo itu.

Bagaimanapun, Giant enggan mengulas lanjut berkenaan angka kos penjenamaan semula logo yang telah dilakukan.

Selain perubahan pada logo – Giant turut melakukan pelaburan sehingga RM51.9 juta (SG$17 juta) pada pengurangan harga pemasaran barangan keperluan harian mereka. Tindakan tersebut dilakukan bukan atas dasar promosi, namun mereka melihat ia sebagai suatu keperluan buat pengguna.

Untuk makluman, selain operasi di Singapura, Giant turut memiliki operasi di Malaysia dan Indonesia. Kesemua pengendalian ini adalah tertakluk dibawah pengurusan Dairy Farm Group.