Artikel

WHO Tidak Menyokong Keperluan Pasport Vaksinasi COVID-19 Buat Masa Ini – Laporan

Penerapan pasport vaksinasi COVID-19 kini mula menjadi tumpuan seluruh negara, termasuklah Malaysia – tindakan itu untuk membenarkan individu yang telah menerima suntikan dos vaksin COVID-19 berupaya melakukan perjalanan antarabangsa dengan pengesahan kesihatan mereka.

Bagaimanapun, keperluan itu tidak disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut Margaret Haris – wakil WHO di sidang taklimat PBB, masih tiada jaminan bahawa suntikan vaksin dapat mengekang penularan pandemik dari berlaku. Malah tindakan pengenalan pasport ini dilihat masih diperingkat awal dan ia suatu diskriminasi ke atas kumpulan yang masih tidak mendapat akses vaksin tersebut.

Keperluan itu hanya akan disokong setelah semua pihak memiliki data yang lengkap dan kadar jaminan yang tinggi.

Selain Malaysia, negara Kesatuan Eropah, China dan Jepun turut merancang menyediakan pasport digital vaksin untuk keperluan perjalanan rakyat mereka. Langkah penyediaan sijil vaksinasi ini akan memudahkan perjalanan penduduk dunia untuk pembuktian jaminan kesihatan mereka.